Hi korang..!
Entri kali ni nak up pasal produk dari Blackmores jugak, actually aku tak try lagi.. baru je sampai petang tadi. Aku beli kat Shopee Mall Online (Cam biasa online aje).. Untuk entri akan datang aku share ape kesannya garlic oil ni kan aku ye.. hehehe..!
Ape kelebihan Garlic Oil ni? Seperti yang korang sedia maklum, garlic atau dalam bahasa iaitu bawang putih amat terkenal dengan khasiatnya. Apa kata aku share sikit antara manfaat bawang putih terhadap kesihatan kita ni.
MANFAAT BAWANG PUTIH
Mengurangkan risiko strok
Tahu tak bawang putih boleh merangsang penghasilan nitric oxide yang ada pada dinding saluran darah. Ini akan membantu saluran darah untuk mengembang dan seterusnya mengawal tekanan darah dengan baik bagi mengelakkan risiko darah tinggi dan strok.
Anti bakteria dan antivirus
Sejenis bahan Allicin yang terkandung di dalam bawang putih ini bertindak sebagai anti-virus dan anti-bakteria untuk memusnahkan beberapa mikrob. Ia teramat baik untuk jangkitan perut, jangkitan influenza dan sebagainya.
Mengandungi banyak iodin
Kandungan iodin yang tinggi di dalam bawang putih sangat baik untuk pesakit yang menghidap hypertiroid.
Membantu sistem pencernaan
Bawang putih akan merembeskan gastric acid pada lapisan perut yang akan membantu proses pencernaan di dalam saluran makanan.
Meningkatkan sistem imunisasi
Terdapat kajian yang mendapati bahawa pengambilan bawang putih sebanyak 2 – 3 biji sehari selama tiga minggu akan meningkatkan aktiviti sel darah putih untuk melawan jangkitan dan tumor. Tapi anda perlu berjaga-jaga, jangan sampai sel darah putih banyak dalam badan tu pulak!
Mengurangkan kolesterol dalam tubuh
Kandungan Di-sulphide di dalam bawang putih dapat menurunkan nilai kolesterol di dalam saluran darah dan seterusnya mengurangkan risiko penyakit jantung. Bila anda makan bawang putih rasa agak panas dan mungkin inilah yang membantu kolestrol dibakar dalam badan.
Terbaik kan? So jom lah kita amalkan pemakan sihat.. insyaAllah sihat kita nanti..
![]() |
Ni dia bentuknya yang aku telan setiap hari, kecik je sebenarnya.. |
![]() |
Ni la dia bungkusan yang aku terima petang tadi, kemaskan bungkusan ni? |
Sekian untuk entri kali, selamat mencuba..!!
No comments:
Post a Comment