Entri aku kali ni adalah tentang Penyanyi kesukaanku iaitu Elyana. Aku ni dari zaman sekolah memang tak taksub sangat dengan artis Malaysia ni.. Aku ni penggemar Avril Lavigne. Sampai terikut-ikut imej dia. Nak jadi cerita bermulanya aku meminati artis tempatan ni bila tengok drama Dunia Baru yang dibintangi oleh Elyana. Aku mula tertarik dengan slamber dia, simple dan sempoi. Di saat tu aku terus follow perkembangan karier dia. Lepas dah mendirikan rumah tangga dia terus senyap dari dunia hiburan tapi awal-awal tahun ritu aku mula follow Instagram dia dan terus mengikuti perkembangan dia menerusi laman sosial je. Bila dapat tau dia dapat masuk GV4 lagi la seronoknya aku. Tapi keseronokan tu tak lama..
Disaat dia disingkirkan dari GV4 aku frust sangat sebab harapan aku nak dia menang atau paling kurang pun ke final. Tapi dah tertulis rezekinya sampai disitu, aku redha. Tak habis dengan kejutan itu, ditambah pula dengan kejutan pengumuman dia tentang penyakit yang dihidapi selama 7 tahun lamanya. Pergh, berderau darahku... sedih tak payah cakap la.. down terus emosi aku setiap kali mengenangkan penyakit dia selama ini. Aku tabik dengan kekuatan dia.. dan amat tak sangka selama kesepian dia dari dunia hiburan ni adalah untuk menyembunyikan penyakit yang dihidapi nya.
Tak ada apa yang mampu aku hadiahkan kepada Elyana selain dari doa untuk dia kembali sembuh seperti sediakala. Semoga dia terus kuat melawan penyakit dia, dan diberikan kesembuhan oleh ALLAH S.WT Ameen Ya Rabb..
No comments:
Post a Comment