Sunday, 10 December 2017

Review Produk (Part 2) - Blackmores Bio C (Vitamin C + Bioflavonoids)

Hi korang.. Assalammualaikum..

Korang google apa tu? Bila kita nak info mestia akan laju je jari jemari ni menggoogle kan? Sama la macam aku pun, aku suka google untuk dapatkan info dan review produk2 yang aku cari kat google. Entri aku kali ni nak buat review 1 lagi produk yang aku consume baru-baru ni. Previous entri aku cerita pasal Bella Formula Sinus Cure kan? So entri kali ni adalah tentang Blackmores Bio C (Vitamin C + Bioflavonoids). Apa benda pulak ni? Blackmores Bio C 1000mg mengandungi bioflavonoids sitrus ekstrak untuk membantu meningkatkan penyerapan dan penggunaan vitamin C. 

Aku ni makanan harian dah la kelaut, tah mane vitamin nya.. kadang-kadang bukan setiap hari dapat makan buah pun. Jadi nya untuk miliki kesihatan yang bagus especially skin yang sihat kena la consume vitamin macam ni. Aku baru je consume ni 2 minggu. So far, result AlhamduLILLAH... jerawat bernanah aku tu memang tak tumbuh dah.. tak tau kemana tah dia pergi.. hahaha.. 

So entri kali ni aku de share detail tentang Blackmores Bio C (Vitamin C + Bioflavonoids)


CIRI-CIRI

Tubuh manusia tidak mengeluarkan vitamin C sendiri dan oleh itu ia mesti diperoleh daripada diet kita. Semua jenis tekanan, termasuk kesihatan dan tekanan emosi, meningkatkan perkumuhan vitamin C dari badan dan oleh itu menimbulkan keperluan untuk vitamin ini. Sekiranya pengambilan makanan yang rendah atau keperluan individu adalah sangat tinggi, supplemen vitamin mungkin bermanfaat.

Vitamin C terlibat dalam beratus-ratus proses biologi. Ia penting dalam imuniti kerana ia terlibat dalam fungsi sel darah putih dan antibodi. Ia bermanfaat apabila berhadapan dengan penyakit.

Vitamin C terlibat dalam pembuatan kolagen, protein penting dalam badan. Kolagen adalah protein struktur yang terdapat dalam tulang rawan dan tendon, dan membantu menyokong saluran darah. Kerana peranannya dalam pembuatan kolagen vitamin C adalah perlu untuk pembaikan luka.


DOS

Orang dewasa - Ambil 1 tablet setiap hari dengan hidangan.


BAHAN AKTIF PER TABLET

Vitamin C (asid askorbik) - 1000 mg
Bioflavonoids - 100 mg






Korang boleh dapatkan Blackmores Bio C (Vitamin C + Bioflavonoids) di farmasi-farmasi, Watson, Guardian, etc... aku beli ni ritu online je kat Shopee Mall.. dalam tu ada Online Pharmacy yang price dia jauh lebih murah dari beli kat luar.  Yang penting fast delivery.





Ok hope entri ni dapat membantu korang dalam mencari supplement yang terbaik untuk korang. Selamat Mencuba !!

No comments:

Post a Comment