Monday, 25 December 2017

Dividen, bonus ASB 8.25 sen, ASN 3.65 sen

Assalammualaikum..

Hai korang,

Ada siapa-siapa yang macam aku tak? Tangan kanan gatal je ni.. orang tua-tua kata ada duit nak masuk. Mungkin secara kebetulannya memang betul duit nak masuk ni.. Baca tajuk entri ni je korang dah boleh agak kan? Tak payah la aku nak cerita panjang.. aku dah copy siap-siap untuk korang baca berapa Dividen dan Bonus utk ASB tahun ni.. yang di bayar bermula pada 1 Januari 2018.. Maka nya pada tarikh itu queue di Post Office akan panjang sampai ke luar laa...

Tak mau citer lebey... kasi baca copy paste  dari website BH dibawah ni ye..

***************************************************************************

KUALA LUMPUR: Amanah Saham Nasional Bhd (ASNB) mengumumkan agihan pendapatan sebanyak tujuh sen seunit dan bonus 0.25 sen seunit untuk tabung Amanah Saham Bumiputera (ASB) bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2017.
Ia juga mengumumkan Bonus Khas Ulang Tahun Permodalan Nasional Bhd (PNB) ke-40 sebanyak satu sen seunit untuk baki sehingga 10,000 unit bagi ASB untuk tahun kewangan itu.
Pengerusi Kumpulan PNB, Tan Sri Abdul Wahid Omar, berkata jumlah pengagihan sebanyak RM10.7 bilion akan dimanfaatkan oleh 9.1 juta pemegang unit yang memiliki lebih 145.6 bilion unit dalam ASB.
Beliau berkata, sebahagian besar pemegang unit, berjumlah kira-kira 7.5 juta dengan baki sehingga 10,000 unit akan mendapat pulangan efektif sebanyak 8.25 sen.
"Unit yang dilaburkan semula daripada dividen dan bonus akan dikredit ke dalam akaun pemegang unit pada 1 Januari 2018, manakala Bonus Ulang Tahun Khas akan dikreditkan pada 1 Mac 2018," katanya ketika mengumumkan agihan pendapatan ASB dan ASN, di sini, hari ini.
Bagi Amanah Saham Nasional (ASN), Abdul Wahid berkata, ASNB mengumumkan pengagihan pendapatan sebanyak 3.65 sen seunit bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2017.

***********************************************************************************************

Sekian sahaja untuk entri kali ni, JANGAN BOROS.. menyimpanlah untuk masa depan anda dan anak-anak.

Monday, 11 December 2017

Review Produk (Part 3) - Blackmores Garlic Oil

Hi korang..!

Entri kali ni nak up pasal produk dari Blackmores jugak, actually aku tak try lagi.. baru je sampai petang tadi. Aku beli kat Shopee Mall Online (Cam biasa online aje).. Untuk entri akan datang aku share ape kesannya garlic oil ni kan aku ye.. hehehe..!

Ape kelebihan Garlic Oil ni? Seperti yang korang sedia maklum, garlic atau dalam bahasa iaitu bawang putih amat terkenal dengan khasiatnya. Apa kata aku share sikit antara manfaat bawang putih terhadap kesihatan kita ni.




MANFAAT BAWANG PUTIH


Mengurangkan risiko strok

Tahu tak bawang putih boleh merangsang penghasilan nitric oxide yang ada pada dinding saluran darah. Ini akan membantu saluran darah untuk mengembang dan seterusnya mengawal tekanan darah dengan baik bagi mengelakkan risiko darah tinggi dan strok.


Anti bakteria dan antivirus

Sejenis bahan Allicin yang terkandung di dalam bawang putih ini bertindak sebagai anti-virus dan anti-bakteria untuk memusnahkan beberapa mikrob. Ia teramat baik untuk jangkitan perut, jangkitan influenza dan sebagainya.


Mengandungi banyak iodin

Kandungan iodin yang tinggi di dalam bawang putih sangat baik untuk pesakit yang menghidap hypertiroid.


Membantu sistem pencernaan

Bawang putih akan merembeskan gastric acid pada lapisan perut yang akan membantu proses pencernaan di dalam saluran makanan.


Meningkatkan sistem imunisasi

Terdapat kajian yang mendapati bahawa pengambilan bawang putih sebanyak 2 – 3 biji sehari selama tiga minggu akan meningkatkan aktiviti sel darah putih untuk melawan jangkitan dan tumor. Tapi anda perlu berjaga-jaga, jangan sampai sel darah putih banyak dalam badan tu pulak!


Mengurangkan kolesterol dalam tubuh

Kandungan Di-sulphide di dalam bawang putih dapat menurunkan nilai kolesterol di dalam saluran darah dan seterusnya mengurangkan risiko penyakit jantung. Bila anda makan bawang putih rasa agak panas dan mungkin inilah yang membantu kolestrol dibakar dalam badan.


Terbaik kan? So jom lah kita amalkan pemakan sihat.. insyaAllah sihat kita nanti..


Ni dia bentuknya yang aku telan setiap hari, kecik je sebenarnya..

Ni la dia bungkusan yang aku terima petang tadi, kemaskan bungkusan ni?

Sekian untuk entri kali, selamat mencuba..!!

Sunday, 10 December 2017

Review Produk (Part 2) - Blackmores Bio C (Vitamin C + Bioflavonoids)

Hi korang.. Assalammualaikum..

Korang google apa tu? Bila kita nak info mestia akan laju je jari jemari ni menggoogle kan? Sama la macam aku pun, aku suka google untuk dapatkan info dan review produk2 yang aku cari kat google. Entri aku kali ni nak buat review 1 lagi produk yang aku consume baru-baru ni. Previous entri aku cerita pasal Bella Formula Sinus Cure kan? So entri kali ni adalah tentang Blackmores Bio C (Vitamin C + Bioflavonoids). Apa benda pulak ni? Blackmores Bio C 1000mg mengandungi bioflavonoids sitrus ekstrak untuk membantu meningkatkan penyerapan dan penggunaan vitamin C. 

Aku ni makanan harian dah la kelaut, tah mane vitamin nya.. kadang-kadang bukan setiap hari dapat makan buah pun. Jadi nya untuk miliki kesihatan yang bagus especially skin yang sihat kena la consume vitamin macam ni. Aku baru je consume ni 2 minggu. So far, result AlhamduLILLAH... jerawat bernanah aku tu memang tak tumbuh dah.. tak tau kemana tah dia pergi.. hahaha.. 

So entri kali ni aku de share detail tentang Blackmores Bio C (Vitamin C + Bioflavonoids)


CIRI-CIRI

Tubuh manusia tidak mengeluarkan vitamin C sendiri dan oleh itu ia mesti diperoleh daripada diet kita. Semua jenis tekanan, termasuk kesihatan dan tekanan emosi, meningkatkan perkumuhan vitamin C dari badan dan oleh itu menimbulkan keperluan untuk vitamin ini. Sekiranya pengambilan makanan yang rendah atau keperluan individu adalah sangat tinggi, supplemen vitamin mungkin bermanfaat.

Vitamin C terlibat dalam beratus-ratus proses biologi. Ia penting dalam imuniti kerana ia terlibat dalam fungsi sel darah putih dan antibodi. Ia bermanfaat apabila berhadapan dengan penyakit.

Vitamin C terlibat dalam pembuatan kolagen, protein penting dalam badan. Kolagen adalah protein struktur yang terdapat dalam tulang rawan dan tendon, dan membantu menyokong saluran darah. Kerana peranannya dalam pembuatan kolagen vitamin C adalah perlu untuk pembaikan luka.


DOS

Orang dewasa - Ambil 1 tablet setiap hari dengan hidangan.


BAHAN AKTIF PER TABLET

Vitamin C (asid askorbik) - 1000 mg
Bioflavonoids - 100 mg






Korang boleh dapatkan Blackmores Bio C (Vitamin C + Bioflavonoids) di farmasi-farmasi, Watson, Guardian, etc... aku beli ni ritu online je kat Shopee Mall.. dalam tu ada Online Pharmacy yang price dia jauh lebih murah dari beli kat luar.  Yang penting fast delivery.





Ok hope entri ni dapat membantu korang dalam mencari supplement yang terbaik untuk korang. Selamat Mencuba !!

Monday, 4 December 2017

APA ITU TELEGRAM

Entri kali ni aku nak cerita tentang Telegram. Apa itu Telegram?

Sejenis aplikasi yang membolehkan pengguna menghantar pesanan secara rahsia. Tapi bukan itu yang aku nak cerita dalam entri ni. Channel yang ada dalam Telegram ni membuatkan dia ada kelebihan tersendiri jika nak dibandaingkan dengan Whatsapp, Wechat, etc.

Telegram Channel dan Group adalah benda yang berlainan di mana Channel korang hanya mampu JOIN dan tengok sahaja dan tidak dapat dapat reply mesej pada Channel manakala Telegram Group ialah seperti kebiasaan group yang lain di mana korang boleh reply mesej dengan ahli group yang lain.



Berikut adalah senarai-senarai channel yang korang boleh JOIN.



Group Movie
https://telegram.me/Moviesblurayhd  (Muat turun pelbagai KOLEKSI Movie lama & baru berkualiti tinggi (Bluray/HD)

Portal Alternatif
Portal Hiburan
https://telegram.me/ohbulancom
https://telegram.me/guamalaysia
https://telegram.me/rotikayaofficial

TV dan Radio
Islam dan Dakwah
  1. https://telegram.me/abuanasmadani
  2. https://telegram.me/drzulalbakri
  3. https://telegram.me/drfathulbari
  4. https://telegram.me/ceramah
  5. https://telegram.me/kuliah
  6. https://telegram.me/ceramahagama
  7. https://telegram.me/kuliahagama
  8. https://telegram.me/tarbiahsentap
  9. https://telegram.me/tazkirahilmu
  10.  https://telegram.me/ustazazharidrus
  11. https://telegram.me/keindahanislam
  12. https://telegram.me/fiqhsunnah
  13. https://telegram.me/hadispilihan
  14. https://telegram.me/PencetusUmmah
  15. https://telegram.me/iklankuliahagama
  16. https://telegram.me/halaqah
  17. https://telegram.me/eFatwa
  18. https://telegram.me/TanyalahUstaz
  19. https://telegram.me/DrMuhaya
  20. https://telegram.me/muslimdinulislam
  21. https://telegram.me/Cuitcuitustazkay
  22. https://telegram.me/AlQaradawi
  23. https://telegram.me/TariqRamadan
  24. https://telegram.me/DrZakirNaik
  25.  https://telegram.me/siyasahmuamalat
  26. https://telegram.me/aimaanbanna
  27. https://telegram.me/iloverasulullah
  28. https://telegram.me/tadabburkalamullah
  29. https://telegram.me/bongkarajaransesat
  30. https://telegram.me/addien90
  31. https://telegram.me/inspiraseee
  32. https://telegram.me/najmifetih
  33.  https://telegram.me/ImanSadoChannel
  34. https://telegram.me/siyasahmuamalat
  35. https://telegram.me/budaktarbiah
  36. https://telegram.me/JejakDakwah
  37. https://telegram.me/kotakpuisi
  38.  https://telegram.me/diaridaiemuda
  39. https://telegram.me/puisipasar
  40. https://telegram.me/usrahkubro
  41. https://telegram.me/fiqhwanita
  42. https://telegram.me/jombelajarbahasaarab
  43. https://telegram.me/info_anti_syiah
  44. https://telegram.me/madrasahsunnionline_MSO
  45. https://telegram.me/audioasatizah
  46. https://telegram.me/islamebook
  47. http://telegram.me/dakwah_sunnah
  48. https://telegram.me/CeramahVideo
  49. http://telegram.me/revolusidakwah
  50. https://telegram.me/UsrahTarbiahJiwa
  51.  https://telegram.me/dakwah_sunnah
  52. https://telegram.me/NaurahIslamiah
  53. https://telegram.me/masterchannelx
  54. https://telegram.me/degreechannelx ( Komik Islamik)
  55. https://telegram.me/kakHassanah (Tips Hijrah)
  56. Umrah Backpackers
  57. https://telegram.me/muslimcare
  58. https://telegram.me/amanpalestinberhad
  59. https://telegram.me/UniteForIslam
  60. https://telegram.me/bersatudemiummah
  61. https://telegram.me/HijrahPendosa
  62. https://telegram.me/InfoWaktuSolat
  63. https://t.me/DakwahModen
  64. https://t.me/Quran30Juz
Bola
Lawak dan Lucu
  1. https://telegram.me/LawakKampus
  2. https://telegram.me/lawaksantai
  3. https://telegram.me/LawakJenaka
  4. https://telegram.me/ceritalucu
  5. https://telegram.me/koleksilawak
  6. https://telegram.me/jenakasantai
  7. https://telegram.me/komik
  8. https://telegram.me/be_likerashid
  9. https://telegram.me/LawakHambarMerapu
  10. https://telegram.me/KompilasiTweet 
  11. https://telegram.me/ViPicLawak
Hobi
  1. https://telegram.me/pancing
  2. https://telegram.me/umpan
  3. https://telegram.me/joranpancing
  4. https://telegram.me/KoleksiMyResepi
  5. https://t.me/cookeatlove123
Tutorial/Nota
  1.  https://telegram.me/sajasukasuka (Belajar buat stickers /Gif animation / Bot)
  2. http://telegram.me/nur_fellera
  3. https://telegram.me/ResepiPetua
  4. https://telegram.me/STPMForAll (Nota Pelajar STPM)
  5. https://telegram.me/handy_mso_tips_tricks ( Perkongsian Tips berkaitan dengan Microsoft Office Application (Word, Excel, PowerPoint dll).
  6. https://t.me/dhcikguadda ( Perkongsian bahan-bahan dan maklumat berkaitan pengajaran dan pembelajaran (PdP)
  7. https://telegram.me/kbatsejarah ( membantu pelajar skor dalam subjek sejarah.)

CARA-CARA NAK JOIN TELEGRAM CHANNEL



1) Klik channel yang nak join kemudian Klik JOIN

2) kemudian Klik MUTE (Mute penting supaya notifikasi tidak mengganggu bunyi yang bising dan anda boleh JOIN banyak CHANNEL tanpa rasa terganggu)

Nak jimat data, Off semua automatic download photo, video Dan audio di SETTING supaya dapat menjimatkan kouta dan tidak memenuhkan memori dalam phone.  Manually (tekan sendiri mana yang perlu) download saja.





Selamat Mencuba korang..!!















DOA BUAT MU

Entri aku kali ni adalah tentang Penyanyi kesukaanku iaitu Elyana. Aku ni dari zaman sekolah memang tak taksub sangat dengan artis Malaysia ni..  Aku ni penggemar Avril Lavigne. Sampai terikut-ikut imej dia. Nak jadi cerita bermulanya aku meminati artis tempatan ni bila tengok drama Dunia Baru yang dibintangi oleh Elyana. Aku mula tertarik dengan slamber dia, simple dan sempoi. Di saat tu aku terus follow perkembangan karier dia. Lepas dah mendirikan rumah tangga dia terus senyap dari dunia hiburan tapi awal-awal tahun ritu aku mula follow Instagram dia dan terus mengikuti perkembangan dia menerusi laman sosial je. Bila dapat tau dia dapat masuk GV4 lagi la seronoknya aku. Tapi keseronokan tu tak lama..

Disaat dia disingkirkan dari GV4 aku frust sangat sebab harapan aku nak dia menang atau paling kurang pun ke final. Tapi dah tertulis rezekinya sampai disitu, aku redha. Tak habis dengan kejutan itu, ditambah pula dengan kejutan pengumuman dia tentang penyakit yang dihidapi selama 7 tahun lamanya. Pergh, berderau darahku... sedih tak payah cakap la.. down terus emosi aku setiap kali mengenangkan penyakit dia selama ini. Aku tabik dengan kekuatan dia.. dan amat tak sangka selama kesepian dia dari dunia hiburan ni adalah untuk menyembunyikan penyakit yang dihidapi nya. 

Tak ada apa yang mampu aku hadiahkan kepada Elyana selain dari doa untuk dia kembali sembuh seperti sediakala. Semoga dia terus kuat melawan penyakit dia, dan diberikan kesembuhan oleh ALLAH S.WT Ameen Ya Rabb..



5 PERKARA TENTANG KANSER LIMFOMA YANG PERLU DIKETAHUI

1. Limfoma Adalah Sejenis Kanser Darah
Secara ringkasnya, limfoma adalah sejenis kanser darah yang berlaku apabila sel-sel darah putih dan sistem imun mengalami pertumbuhan atau perkembangan yang tidak terkawal.
Ia menyebabkan pengumpulan sel secara luarbiasa, pembengkakan kelenjar limfa, dan boleh merebak ke organ sekeliling termasuklah tisu otak, usus, tulang, paru-paru dan sum-sum tulang.

Foto Kredit: my health.gov.my
2. Golongan Muda Berisiko Tinggi
Umumnya, limfoma terbahagi kepada 2; iaitu Limfoma Hodgkin (HL) dan Limfoma Bukan Hodgkin (NHL). Limfoma Hodgkin dikategorikan sebagai penyakit yang berbahaya dan berisiko tinggi menyerang golongan muda berusia 15 hingga 30 tahun. Warga emas berusia 55 tahun ke atas juga dikatakan mempunyai risiko yang sama.
Sungguhpun limfoma masih dianggap asing dalam masyarakat kita, tapi sebenarnya 1 daripada 5 rakyat Malaysia menghidap HL di mana 60% daripadanya adalah golongan lelaki, seperti yang dijelaskan oleh Ketua Perkhidmatan Hematologi Kebangsaan, Datuk Dr Chang Kian Meng dalam sebuah artikel yang disiarkan pada tahun 2015.
Sementara itu, NHL lebih lazim menyerang mereka yang berusia 60 tahun ke atas.

Foto Kredit: lymphoma.org
3. Punca Limfoma
Secara tepatnya, punca seseorang mendapat penyakit ini masih belum diketahui. Namun, ada beberapa kemungkinan yang boleh menyumbang kepada risikonya, iaitu:
i) Jangkitan bakteria dan virus seperti HIV, EBV, helicobacter pylori, hepatitis B dan C.
ii) Penyakit auto-immune
iii) Penggunaan ubat immunosuppressive selepas pemindahan organ.
iv) Penyakit keturunan / genetik
v) Pendedahan kepada bahan toksik seperti racun serangga, racun rumpai, dan benzene.
4. Tanda-tanda Limfoma
Gangguan daripada abnormaliti yang berlaku pada sistem limfa boleh menyebabkan fungsi organ-organ penting terjejas, lalu menyebabkan kemerosotan tahap kesihatan pesakit.
Antara tanda-tanda yang boleh dikenalpasti adalah:
i) Pembengkakan kelenjar limfa
ii) Demam berpanjangan
iii) Hilang selera makan
iv) Turun berat badan secara mendadak
v) Cepat letih & tidak bertenaga
vi) Ruam kulit, selalunya di bahagian kaki
vii) Sering berpeluh pada waktu malam
viii) Tanda lain pada bahagian organ tertentu: contohnya batuk & sesak nafas akibat pembengkakan peparu atau berak berdarah akibat pembengkakan usus.
Pada tahap awal, ia mula menyerang sebahagian kecil sistem limfa dan seterusnya melibatkan lebih banyak bahagian hingga mengganggu fungsi organ. Jika tidak dirawat sejak awal, ia boleh membawa maut.
4 Tahap Kanser Limfoma Hodgkin. / Foto Kredit: Meredith S. via StudyBlue
5. Rawatan
Harapan untuk sembuh pada pesakit limfoma adalah cerah, namun ia banyak bergantung kepada faktor tertentu; umur pesakit, jenis, tahap, dan respon tubuh mereka terhadap rawatan.
Antara rawatan yang terlibat adalah pembedahan, radiasi, kemoterapi, immunoterapi, atau pemindahan sum-sum tulang – bagi kanser yang bersifat agresif atau berulang.