Assalammualaikum.. Entri kali ini tentang senaman yang sesuai mengikut bentuk badan kita.
Tidak semua senaman sesuai dengan kita. Langkah pertama untuk bersenam adalah dengan mengenalpasti jenis bentuk badan anda. Bila langkah pertama tidak diambil, itu menyebabkan kita sukar memiliki berat badan ideal / bentuk badan idaman dengan mudah walaupun kerap bersenam.
![]() |
Jenis-jenis bentuk badan (Body Shape) |
Bentuk tubuh badan PEAR
Mempunyai lebihan lemak yang terkumpul pada bahagian peha dan punggung. Diet terbaik dengan mengamalkan latihan olahraga dengan kerap untuk meningkatkan kadar metabolisma badan. Antaranya ialah menggunakan lebih banyak otot kaki.
Bentuk tubuh badan LURUS
Bentuk tubuh badan lurus biasanya mempunyai masalah kegemukan ketara di kawasan perut. Jadi korang yang bentuk badan lurus perlu mempelbagaikan jenis olahraga yang berbeza untuk setiap posisi tubuh korang.
Bentuk tubuh badan EPAL
Boleh bayang epal bentuk macam mana? Haa macam itulah lebih kurang bentuk badan korang. Hehe… Biasanya yang korang yang berbentuk epal ni mempunyai kaki yang panjang dan jenjang, tetapi memiliki lemak pada bahagian tubuh dan ianya menyebabkan korang mudah untuk kelihatan gemuk. Cara diet terbaik untuk kuruskan badan ialah melakukan latihan kardio untuk membakar lemak terutamanaya pergerakan pada bahagian perut dan ke bawah. Jangan sesekali menambah bebanan pada bahagian atas badan kerana ia menambahkan berat badan.
Bentuk tubuh badan JAM PASIR
Korang yang memiliki bentuk jam pasir ialah yang berpinggang ramping tetapi lemak mudah terjadi di tempat yang mudah terkumpul lemak. Cadangan untuk kuruskan badan korang boleh cuba lakukan dengan aktiviti senaman seperti berlari dan latihan kardio. Untuk jangka masa panjang, pastikan senaman yang korang lakukan meliputi gerakan pada seluruh tubuh badan.
Apa tunggu lagi, jom bersenam...
No comments:
Post a Comment