Friday, 17 November 2017

Pengajianku Ibadahku

Dunia ni sementara. 
Yang kita kejar itu akhirat. 
Ada apa pada markah ?
Tak ada apa-apa. 
Markah tak ikut kita ke padang mahsyar. Sedang ke alam kubur pun tidak ikut bersama. 
Yang akan ikut kita ke sana nanti adalah perbuatan kita yang menjadi ibadah. 
Ibadah? Bila kita buat sesuatu kerana Allah, bila kita mula sesuatu kita baca bismiLLAH.

Ibadah yang berkualiti adalah ibadah yang kita buat dengan bersungguh.

Belajarlah bukan kerana markah. Belajarlah untuk jadikan ia sebagai ibadah kepada Allah. Ibadah yang tidak biasa-biasa, tapi kita aim ibadah menuntut ilmu ini sebagai ibadah yang paling berkualiti !

Mulakan belajar dengan nama Allah dan  belajarlah dengan bersungguh-sungguh . 
Ibadah yang dibuat bersungguh, Allah tak pandang sepi. Pahala yang besar menanti. Penat yang tak rugi malah akan bertepatan dengan sunnatuLLAH - orang yang bersungguh, dia akan berjaya. 
Berjaya !

Jadi orang yang berwawasan tinggi.
Belajar bukan sekadar untuk degree.
Tapi belajar kita adalah untuk jadi hamba yang dijanjikan syurga ILAHI ! 
Berpenatlah dulu. 
Berpeluh lencun bersakit kepala.
Susah ini sekejap.
Keputusannya nanti yang kekal lama.

No comments:

Post a Comment