Entri ku kali ni tentang perkerjaan ku. Sebelum aku meneruskan penceritaan ku tentang perkerjaan ku, apa kata korang ambil tahu tentang cita-cita asal aku.
Aku seorang pelajar yang lain dari yang lain dalam kelas ku suatu ketika dahulu. Cikgu pernah bertanya, "Cikgu nak tanya apa cita-cita kamu bila dah besar nanti?" Rata-rata murid dalam kelas ku bercita-cita ingin menjadi cikgu, polis, bomba dan lain-lain. Bila tiba giliran aku, aku menyatakan hasrat ku untuk menjadi seorang peramugari.. (What....!!!) Cikgu pun agak pelik dengan anak murid nya yang sorang ni.. well My Life My Rules maa.. I'm limited edition tak akan mahu sama seperti orang lain. Menjawab kepada soalan cikgu itu, aku inginkn kelainan dalam hidup, aku ingin melihat dunia luar. Tepukan tangan dari cikgu ku kedengaran.
Tingkatan 4 aku berjaya memasuki kelas Sains kerana keputusan PMR ku yang agak memberansangkan. Sekolah Kebangsaan ku ketika itu dimonopoli oleh bangsa Cina dan India. Bila diletakkan di kelas Sains maka kurang la bangsa melayu ku. Hanya aku seorang sahaja wanita melayu terakhir dikelas itu. Aku membuat keputusan untuk memohon Sekolah Teknik ketika itu dan Alhamdulillah, aku ditawarkan Pengajian Kejuruteraan Mekanikal di Sekolah Menengah Teknik Juasseh. (Culture shock.. ramai pelajar sebangsa ku disitu).. Secara kesimpulannya, APAKAH AKU MASIH LAYAK MENYIMPAN HASRAT UNTUK MENJADI PRAMUGARI LAGI? Memang tak la.. lalu aku tidak menanam cita-cita lagi di saat itu. (Just follow the flow).
********************** TAMMAT CITA-CITA MONYETKU ************************
Aku bekerja di Malaysia Airports Holding Berhad (MAHB) sejak 16 Mac 2009. Bermulanya sebagai Pembantu Perkhidmatan Pelanggan di Malaysia Airports (Niaga) Sdn. Bhd (a.k.a ERAMAN) http://www.malaysiaairports.com.my/?m=corp_info&c=subsidiaries&id=8 dan terus menapak setapak menjadi Pembantu Tadbir Operasi di bahagian Project & Facilities Management. Walaupun lari dari bidang asal ku iaitu Mechanical Engineering tetapi bahagian ini ada sedikit sebanyak basic engineering. Aku berada dibahagian ini bermula Oktober 2009 sehingga December 2015. Banyak ilmu dan pengalaman yang aku perolehi. Antaranya, akulah satu-satunya pekerja yang mempunyai pengalaman dalam SAP- Project System. Apakah SAP- Project System? Rajin-rajin la membaca isi kandungan link ini.. http://searchsap.techtarget.com/definition/SAP-Project-System-PS
Betapa berharganya resume aku kalau pengalaman ini yang diletakkan didalamnya. Alhamdulillah pengalaman berharga ini menaikan aku setapak lagi menjadi Pegawai Tadbir Operasi di bahagian Facilities Management, Malaysia Airports (Properties) Sdn. Bhd. Sila la membaca link ini.. http://www.malaysiaairports.com.my/?m=corp_info&c=subsidiaries&id=3
Tak nak apply company lain ker? Sorry guys setakat ni, company ni yang terbaik for my long tems goal, in terms of benefits that they provide.. so I would like to suggest this company to job hunter out there. Come join us..! http://www.malaysiaairports.com.my/?m=careers
Jika berkelapangan akan ku ceritakan in details about my roles and responsibilities at Malaysia Airports (Properties) Sdn. Bhd.
Cukup la setakat ini entri kali ini. Jom layan video ni..
No comments:
Post a Comment