Tuesday, 17 October 2017

Universiti Kebangsaan Malaysia

Assalammualaikum..

Ni antara kategori yang ditugaskan untuk entri dalam blog ni. Life ku di UKM..

Sebelum berhujah lebih lanjut, izinkan aku bercerita apa puncanya aku memilih untuk menyambung kan pengajianku di UKM. Kenapa UKM kenapa tak Universiti lain... ?

Impian aku untuk menyambung pengajian ke peringkat Degree ni dah bertahun disimpan, tapi rezeki tidak memihak kepadaku. Bila ada peluang, aku tidak tunggu lama dan terus riki Universiti mana yang sesuai. Antara Universiti nya adalah UITM, aku tak terfikir pun nak ke UKM. Bila tengok requirements UITM ada mention pasal MUET. MUET aku ni dah expired so kena ambik MUET dulu baru boleh apply. Tapi MUET untuk tahun ni dah tutup.. open untuk tahun depan plak. Kalau ambik MUET dulu bila plak aku nak sambung belajar nya.. dan bila pulak nak habisnya.. makin lama makin tua, aku takut otak dah berkarat je nanti.

Nak jadi cerita, my superior ni baru habis study kat UKM. Aku pun ada la mintak pendapat dia tentang masalah aku ni. Dia pun suggestkan aku apply UKM sebab requirements UKM ni MUET wajib ambil sebagai syarat Pengijazahan bukan untuk kemasukan. Lagipun lokasinya lebih dekat dengan rumahku di Nilai kalau nak compare dengan UITM yang jauh tu.. So peluang aku agak cerah la untuk sambung belajar dalam tahun ni juga. Masa tu hujung bulan Ogos 2017, aku cuba nasib untuk join intake September 2017. Sedangkan aku tahu permohonan sudah ditutup, tapi sis cuba dik.. Aku pun Call PKP UKM ( Pusat Kembangan Pendidikan UKM). Alhamdulillah.. kalau dah namanya rezeki.. dapat gak aku apply secara manual. PIC PKP tu emailkan kepada aku borang permohonan yang perlu diisi secara manual dan perlu di emel semula ke PKP keesokkan hari nya.. Pergh..!! Dugaan beb, ko kena dapatkan pengesahan sijil dari Pegawai Kerajaan Gred A dalam masa 1 hari. Tapi macam yang aku kata tadi, kalau dah rezeki... so berjaya la aku emelkan semula borang yang lengkap diisi berserta lampiran sijil-sijil. Tinggal nak tunggu keputusan dapat or tak je..

Selang seminggu lepas tu keputusan dah keluar. Alhamdulillah, kalau dah rezeki.. aku berjaya menjadi Pelajar UKM sesi 2017/2018 dan ditawarkan program Ijazah Sarjanamuda Pentdbiran Perniagaan dengan Kepujian. ALHAMDULILLAH....!!!

******************************************************************************

Kelas ku yang pertama pada 14 Oktober 2017, sangat-sangat menarik dan mengujakan. hahaha.. sebelum masuk kelas dah ada whatsapp group yang total participants nye hanya 5 orang.. jadi la.. kenal masa pendaftaran..

Ada paparazi snap dari belakang

Kelas bagi hari pertama iaitu hari sabtu, jadual yang padat.. ada 3 slot untuk hari tu.. so waktu makan pun jadi lari la beb. Tapi tak pe demi segulung ijazah.. hahaha.. masuk hari kedua dah pandai sikit nak curi-curi masa untuk makan. Lagipun hari kedua tu ada 2 slot je.. Di Fakulti Ekonomi & Pengurusan (FEP) ada cafe ditepi bangunan. My Cafe antara gerai yang menarik perhatianku.. cafe ni ala-ala GJC.. Starbucks.. so aku try menu-menu yang ada kat situ.. pergh..!! murah gilerrrr beb..

Murah..! Iced blended Cappuccino and 2 spesis kuih ni (Aku tak tau nama dia laa..) Harga RM8.60

Selesai sudah minggu pertama di UKM.. Tugasan, kajian, test, sudah bermain dalam fikiran ku saat ini.. Apa pun dugaan yang bakal datang akan ku lalui dengan sabar demi segulung Ijazah.. #demisegulungijazah

Jom layan video ni.. mana tau kot-kot boleh tarik minat korang untuk sambung belajar kat UKM.. atau suggestkan kepada kenalan korang..


No comments:

Post a Comment