Wednesday, 18 October 2017

Pekerjaanku LILLAHI TAALA

Entri ku kali ni tentang perkerjaan ku. Sebelum aku meneruskan penceritaan ku tentang perkerjaan ku, apa kata korang ambil tahu tentang cita-cita asal aku.

Aku seorang pelajar yang lain dari yang lain dalam kelas ku suatu ketika dahulu. Cikgu pernah bertanya, "Cikgu nak tanya apa cita-cita kamu bila dah besar nanti?" Rata-rata murid dalam kelas ku bercita-cita ingin menjadi cikgu, polis, bomba dan lain-lain. Bila tiba giliran aku, aku menyatakan hasrat ku untuk menjadi seorang peramugari.. (What....!!!) Cikgu pun agak pelik dengan anak murid nya yang sorang ni.. well My Life My Rules maa.. I'm limited edition tak akan mahu sama seperti orang lain. Menjawab kepada soalan cikgu itu, aku inginkn kelainan dalam hidup, aku ingin melihat dunia luar. Tepukan tangan dari cikgu ku kedengaran.

Tingkatan 4 aku berjaya memasuki kelas Sains kerana keputusan PMR ku yang agak memberansangkan. Sekolah Kebangsaan ku ketika itu dimonopoli oleh bangsa Cina dan India. Bila diletakkan di kelas Sains maka kurang la bangsa melayu ku. Hanya aku seorang sahaja wanita melayu terakhir dikelas itu. Aku membuat keputusan untuk memohon Sekolah Teknik ketika itu dan Alhamdulillah, aku ditawarkan Pengajian Kejuruteraan Mekanikal di Sekolah Menengah Teknik Juasseh. (Culture shock.. ramai pelajar sebangsa ku disitu).. Secara kesimpulannya, APAKAH AKU MASIH LAYAK MENYIMPAN HASRAT UNTUK MENJADI PRAMUGARI LAGI? Memang tak la.. lalu aku tidak menanam cita-cita lagi di saat itu. (Just follow the flow).

********************** TAMMAT CITA-CITA MONYETKU ************************


Aku bekerja di Malaysia Airports Holding Berhad (MAHB) sejak 16 Mac 2009. Bermulanya sebagai Pembantu Perkhidmatan Pelanggan di Malaysia Airports (Niaga) Sdn. Bhd (a.k.a ERAMAN) http://www.malaysiaairports.com.my/?m=corp_info&c=subsidiaries&id=8 dan terus menapak setapak menjadi Pembantu Tadbir Operasi di bahagian Project & Facilities Management. Walaupun lari dari bidang asal ku iaitu Mechanical Engineering tetapi bahagian ini ada sedikit sebanyak basic engineering. Aku berada dibahagian ini bermula Oktober 2009 sehingga December 2015. Banyak ilmu dan pengalaman yang aku perolehi. Antaranya, akulah satu-satunya pekerja yang mempunyai pengalaman dalam SAP- Project System. Apakah SAP- Project System? Rajin-rajin la membaca isi kandungan link ini.. http://searchsap.techtarget.com/definition/SAP-Project-System-PS

Betapa berharganya resume aku kalau pengalaman ini yang diletakkan didalamnya. Alhamdulillah pengalaman berharga ini menaikan aku setapak lagi menjadi Pegawai Tadbir Operasi di bahagian Facilities Management, Malaysia Airports (Properties) Sdn. Bhd. Sila la membaca link ini.. http://www.malaysiaairports.com.my/?m=corp_info&c=subsidiaries&id=3

Tak nak apply company lain ker? Sorry guys setakat ni, company ni yang terbaik for my long tems goal, in terms of benefits that they provide.. so I would like to suggest this company to job hunter out there. Come join us..! http://www.malaysiaairports.com.my/?m=careers

Jika berkelapangan akan ku ceritakan in details about my roles and responsibilities at Malaysia Airports (Properties) Sdn. Bhd. 

Cukup la setakat ini entri kali ini. Jom layan video ni..





Tuesday, 17 October 2017

Universiti Kebangsaan Malaysia

Assalammualaikum..

Ni antara kategori yang ditugaskan untuk entri dalam blog ni. Life ku di UKM..

Sebelum berhujah lebih lanjut, izinkan aku bercerita apa puncanya aku memilih untuk menyambung kan pengajianku di UKM. Kenapa UKM kenapa tak Universiti lain... ?

Impian aku untuk menyambung pengajian ke peringkat Degree ni dah bertahun disimpan, tapi rezeki tidak memihak kepadaku. Bila ada peluang, aku tidak tunggu lama dan terus riki Universiti mana yang sesuai. Antara Universiti nya adalah UITM, aku tak terfikir pun nak ke UKM. Bila tengok requirements UITM ada mention pasal MUET. MUET aku ni dah expired so kena ambik MUET dulu baru boleh apply. Tapi MUET untuk tahun ni dah tutup.. open untuk tahun depan plak. Kalau ambik MUET dulu bila plak aku nak sambung belajar nya.. dan bila pulak nak habisnya.. makin lama makin tua, aku takut otak dah berkarat je nanti.

Nak jadi cerita, my superior ni baru habis study kat UKM. Aku pun ada la mintak pendapat dia tentang masalah aku ni. Dia pun suggestkan aku apply UKM sebab requirements UKM ni MUET wajib ambil sebagai syarat Pengijazahan bukan untuk kemasukan. Lagipun lokasinya lebih dekat dengan rumahku di Nilai kalau nak compare dengan UITM yang jauh tu.. So peluang aku agak cerah la untuk sambung belajar dalam tahun ni juga. Masa tu hujung bulan Ogos 2017, aku cuba nasib untuk join intake September 2017. Sedangkan aku tahu permohonan sudah ditutup, tapi sis cuba dik.. Aku pun Call PKP UKM ( Pusat Kembangan Pendidikan UKM). Alhamdulillah.. kalau dah namanya rezeki.. dapat gak aku apply secara manual. PIC PKP tu emailkan kepada aku borang permohonan yang perlu diisi secara manual dan perlu di emel semula ke PKP keesokkan hari nya.. Pergh..!! Dugaan beb, ko kena dapatkan pengesahan sijil dari Pegawai Kerajaan Gred A dalam masa 1 hari. Tapi macam yang aku kata tadi, kalau dah rezeki... so berjaya la aku emelkan semula borang yang lengkap diisi berserta lampiran sijil-sijil. Tinggal nak tunggu keputusan dapat or tak je..

Selang seminggu lepas tu keputusan dah keluar. Alhamdulillah, kalau dah rezeki.. aku berjaya menjadi Pelajar UKM sesi 2017/2018 dan ditawarkan program Ijazah Sarjanamuda Pentdbiran Perniagaan dengan Kepujian. ALHAMDULILLAH....!!!

******************************************************************************

Kelas ku yang pertama pada 14 Oktober 2017, sangat-sangat menarik dan mengujakan. hahaha.. sebelum masuk kelas dah ada whatsapp group yang total participants nye hanya 5 orang.. jadi la.. kenal masa pendaftaran..

Ada paparazi snap dari belakang

Kelas bagi hari pertama iaitu hari sabtu, jadual yang padat.. ada 3 slot untuk hari tu.. so waktu makan pun jadi lari la beb. Tapi tak pe demi segulung ijazah.. hahaha.. masuk hari kedua dah pandai sikit nak curi-curi masa untuk makan. Lagipun hari kedua tu ada 2 slot je.. Di Fakulti Ekonomi & Pengurusan (FEP) ada cafe ditepi bangunan. My Cafe antara gerai yang menarik perhatianku.. cafe ni ala-ala GJC.. Starbucks.. so aku try menu-menu yang ada kat situ.. pergh..!! murah gilerrrr beb..

Murah..! Iced blended Cappuccino and 2 spesis kuih ni (Aku tak tau nama dia laa..) Harga RM8.60

Selesai sudah minggu pertama di UKM.. Tugasan, kajian, test, sudah bermain dalam fikiran ku saat ini.. Apa pun dugaan yang bakal datang akan ku lalui dengan sabar demi segulung Ijazah.. #demisegulungijazah

Jom layan video ni.. mana tau kot-kot boleh tarik minat korang untuk sambung belajar kat UKM.. atau suggestkan kepada kenalan korang..


Sunday, 15 October 2017

Spa Bekam Ar Rayan Nilai

Aku ni pengidap sakit kepala tegar.. Tapi aku tak suka bergantung kat ubat je.. antara jalan terbaik untuk penyakit aku ni.. aku try bekam kat kepala. Ada tempat yang nak bekam kepala kena cukur dulu.. itu teknik manual.. aku suggest kan korang yang ada penyakit macam aku ni untuk bekam kepala yang tak perlu cukur rambut pun which is dia guna mesin untuk sedut darah kotor tu.. aku nak terang in details macam tak reti so antara suggestion nya try la datang ke Spa Bekam Ar Rayan ni.. ni cawangan Nilai dan cawangan lain ada juga dikawasan lain.. Rajinkan la jari jemari korang tu untuk menggoogle cawangan lain ye..hahaha.. 

SAKIT TAK? Seriously beb, tak sakit pun even masa dia cucuk dengan jarum2 tu pun tak rasa apa.. Nak tengok tak darah kotor aku? If geli jangan la tengok.. hihihi.. 


Darah kotor


Darah kita bila terdedah dengan udara akan cepat beku. Ni darah kotor hasil dari bekam hari tu. Ni baru 1st round. Banyak jugak la.. dan hasilnya, kepala aku rasa ringan dan tak sakit kepala lagi.. 

Disini, aku ada sertakan pakej-pakej yang ditawarkan beserta harga dan nombor telefon. Korg buat booking dulu tau.. takut ramai customer pulak masa korg datang nanti..




Spa Bekam Ar Rayyan - Cawangan Nilai
HP : 018-3773525


Saturday, 14 October 2017

Tentang AKU

Hi darlz...!!

This is my first posting.. yay or nay? hehehe... 

Ini adalah kelas pertama untuk subjek Aplikasi Komputer. Untuk tugasan pertama ni, kami ditugaskan untuk create blog sendiri. Wow..! Teruja beb...hehehe.. (Eyra behave.. Dr. baca ni)


Meh sini ku cerita sikit tentang SIAPA AKU.

AKU adalah insan biasa, mempunyai minat untuk menggali ilmu.. sebab tu aku disini. Aku adalah pemegang Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Plastik) di POLIMAS. Dan sekarang menyambungkan pengajianku diperingkat Ijazah Sarjanamuda Pentadbiran Perniagaan bagi sesi 2017/2018. (Whatttt...!! Lari bidang 360͒ beb..) So.. tak ada basic Ekonomi langsung.. Tapi tak apa, ini bukan faktor yang bisa mematahkan semangat aku untuk menimba ilmu ke peringkat yang lebih atas. (Semoga aku berjaya dalam bidang ini.. Ameen...!!)

Aku berkhidmat di Malaysia Airports Holding Berhad (MAHB). Pada Mac 2009 - Ogos 2017 aku berkhidmat di salah sebuah anak syarikat MAHB iaitu Malaysia Airports (Niaga) Sdn. Bhd (as known as ERAMAN) sebagai Pembantu Tadbir Operasi. Alhamdulillah, rezeki anak.. dinaikan pangkat sebagai Pegawai Tadbir Operasi dan berkhidmat di Malaysia Airports (Properties) Sdn. Bhd. Jangan confuse masih lagi syarikat yang sama tapi anak syarikat yang berlainan. New roles, new grade, new environment and gain new experience.. 

Comes to my family background, aku anak ke tiga dari 5 orang adik beradik. Anak ketiga memang pelik, keras kepala, nakal, ikot suka dia je.. ha itu aku.. My Life My Rules maa.. Aku dilahirkan pada bulan Julai (Leo girl) tarikh lahir ku sama dengan ayah.. Aku sudah berkahwin, mempunyai seorang puteri yang dipinjamkan Ilahi yang berumur 5 tahun. 14 Februari 2010 adalah tarikh aku dinikahkan oleh ayah aku sendiri dengan pasangan yang ditetapkan Ilahi. Perkenalan kami amatlah singkat. Hanya berkenalan selama 3 bulan kami terus diikat dengan pertunangan dan setahun kemudian menjadi suami isteri yang sah sehingga ke saat ini dan hingga ke Jannah Nya. Insya Allah. I love my family more than everything.

Banyak lagi akan di coretkan disini.. but for now, ku undurkan diri dulu, sila la layan lagu ni... hayati setiap bait2 lirik nya..