Friday, 17 November 2017

Pengajianku Ibadahku

Dunia ni sementara. 
Yang kita kejar itu akhirat. 
Ada apa pada markah ?
Tak ada apa-apa. 
Markah tak ikut kita ke padang mahsyar. Sedang ke alam kubur pun tidak ikut bersama. 
Yang akan ikut kita ke sana nanti adalah perbuatan kita yang menjadi ibadah. 
Ibadah? Bila kita buat sesuatu kerana Allah, bila kita mula sesuatu kita baca bismiLLAH.

Ibadah yang berkualiti adalah ibadah yang kita buat dengan bersungguh.

Belajarlah bukan kerana markah. Belajarlah untuk jadikan ia sebagai ibadah kepada Allah. Ibadah yang tidak biasa-biasa, tapi kita aim ibadah menuntut ilmu ini sebagai ibadah yang paling berkualiti !

Mulakan belajar dengan nama Allah dan  belajarlah dengan bersungguh-sungguh . 
Ibadah yang dibuat bersungguh, Allah tak pandang sepi. Pahala yang besar menanti. Penat yang tak rugi malah akan bertepatan dengan sunnatuLLAH - orang yang bersungguh, dia akan berjaya. 
Berjaya !

Jadi orang yang berwawasan tinggi.
Belajar bukan sekadar untuk degree.
Tapi belajar kita adalah untuk jadi hamba yang dijanjikan syurga ILAHI ! 
Berpenatlah dulu. 
Berpeluh lencun bersakit kepala.
Susah ini sekejap.
Keputusannya nanti yang kekal lama.

Thursday, 16 November 2017

Tips Awet muda




Senaman Muka
Hanya beberapa minit diperlukan untuk melakukan senaman ini. Ikuti langkah berikut: 
  • Mulakan dengan mengukir senyuman manis di hadapan cermin.
  • Angkat kening dan kerutkan dahi (seolah- olah kamu menunjukkan muka seperti terkejut).
  • Pejamkan mata rapat-rapat sehingga hidung terasa terangkat.
  • Langkah berikutnya, senyum sambil menunjukkan gigi. 
Ulangi teknik ini 10 hingga 15 kali setiap senaman setiap hari. Ia membantu melancarkan perjalanan darah dan menguatkan otot pada bahagian muka. 

Urut Muka
Teknik ini juga dapat mengelakkan kedutan berlaku dengan cepat. Ikuti langkah berikut: 
  • Letakkan dua jari di atas kening. Kemudian, lakukan gerakan dengan lembut ke arah sisi dahi.
  • Buka jari jemari kamu dan letakkan pada kawasan mata. Gerakkan juga ke arah sisi muka hingga ke telinga. 
  • Kemudian, buka jari-jari dan letakkan di antara hidung dan mulut. Lalu gerakkan ke arah sisi muka hingga ke telinga. 

Bagi umat Islam, amalkan berselawat sebanyak tiga kali sebelum kamu meminumnya. Disarankan agar kamu meminum air suam sebelum sarapan. Selamat Mencuba! 

Senaman Yang Sesuai Mengikut Bentuk Badan

Assalammualaikum.. Entri kali ini tentang senaman yang sesuai mengikut bentuk badan kita.

Tidak semua senaman sesuai dengan kita. Langkah pertama untuk bersenam adalah dengan mengenalpasti jenis bentuk badan anda. Bila langkah pertama tidak diambil, itu menyebabkan kita  sukar memiliki berat badan ideal / bentuk badan idaman dengan mudah walaupun kerap bersenam.


Jenis-jenis bentuk badan (Body Shape)


Bentuk tubuh badan PEAR

Mempunyai lebihan lemak yang terkumpul pada bahagian peha dan punggung. Diet terbaik dengan mengamalkan latihan olahraga dengan kerap untuk meningkatkan kadar metabolisma badan. Antaranya ialah menggunakan lebih banyak otot kaki.

Bentuk tubuh badan LURUS

Bentuk tubuh badan lurus biasanya mempunyai masalah kegemukan ketara di kawasan perut. Jadi korang yang bentuk badan lurus perlu mempelbagaikan jenis olahraga yang berbeza untuk setiap posisi tubuh korang.

Bentuk tubuh badan EPAL

Boleh bayang epal bentuk macam mana? Haa macam itulah lebih kurang bentuk badan korang. Hehe… Biasanya yang korang yang berbentuk epal ni mempunyai  kaki yang panjang dan jenjang, tetapi memiliki lemak pada bahagian tubuh dan ianya menyebabkan korang mudah untuk kelihatan gemuk. Cara diet terbaik untuk kuruskan badan ialah melakukan latihan kardio untuk membakar lemak terutamanaya pergerakan pada bahagian perut dan ke bawah. Jangan sesekali menambah bebanan pada bahagian atas badan kerana ia menambahkan berat badan.
Bentuk tubuh badan JAM PASIR
Korang yang memiliki bentuk jam pasir ialah yang berpinggang ramping tetapi lemak mudah terjadi di tempat yang mudah terkumpul lemak. Cadangan untuk kuruskan badan korang boleh cuba lakukan dengan aktiviti senaman seperti berlari dan latihan kardio. Untuk jangka masa panjang, pastikan senaman yang korang lakukan meliputi gerakan pada seluruh tubuh badan.
Apa tunggu lagi, jom bersenam...

Diet Mengikut Jenis Darah

Diet yang agak baru popular adalah diet mengikut jenis darah. Reaksi kimia antara makanan dan jenis darah merupakan sebahagian daripada warisa genetik. Reaksi ini disebabkan oleh faktor yang disebut lektin. Lektin merupakan protein yang ditemui dalam pelbagai makanan, mempunyai sifat dipengaruhi oleh jenis darah. Jadi apabila anda makan makanan yang mengandungi lektin protein yang tidak sesuai dengan jenis darah anda, lektin mula mengaglutinasi sel-sel darah. Lektin banyak ditemui dalam makanan tidak begitu mengancam kehidupan walaupun mereka boleh menyebabkan pelbagai masalah lain.

Jenis-jenis Darah


Darah O
DigalakkanDibenarkanTidak dibenarkan
ProteinDaging lembu, kambing, rusa, cod, herring, mackerelSemua jenis daging dan makanan laut kecuali dalam senarai tidak dibenarkanBacon, ham, angsa, babi, barracuda, ikan keli, ikan salmon, kaviar, sotong
TenusuMentega, mozzarella, keju kambing, susu soyaSemua produk tenusu dan yogurts
LemakMinyak zaitun, minyak flaxseedMinyak canola, sesameMinyak jagung, minyak kacang, minyak safflower, minyak cottonseed
BijirinBiji  labu, walnutSemua kecuali dalam senarai tidak dibenarkanKacang tanah, pistachio, biji poppy
KacangKacang azuki, black-eyed peasSemua kecuali dalam senarai tidak dibenarkanKacang tamarine, kacang hijau, kacang merah
GandumRoti essene, roti EzekielBali, nasiJagung, gluten, oat, tepung, roti, mi
SayurBrocoli, bayam, dandelion, bawang, lobak, cili merah, ubi kentang, labu, rumpai lautTomatoTerung, jagung, avocado
BuahPlums, prunesAnggur, kebanyakan beriTembikai, tembikai susu, tangerine, strawberry, blackberry, kelapa
RempahKari, garam, cayenne pepperWhite pepper, black pepper, vinegar, cinnamon, cornstarch
PerasaChocolate, madu, cocaoSos tomato, mayonis
AirSoda, teaBir, wineKopi, black tea

Darah A
DigalakkanDibenarkanTidak dibenarkan
ProteinAyam, ayam belandaDaging lembu, babi, kambing, rusa, kijang, itik
Makanan LautCod, ikan mas, kerapu, makarel, ikan siakap, salmon, sardinSemua kecuali dalam senarai tidak dibenarkanBarracuda, kaviar, beluga, lala, ketam, udang sungai, katak, lobster, kerang, tiram, sotong, kura-kura
TenusuYogurt, mozzarella, keju kambing, susu kambingSemua jenis keju yang lain dan susu
LemakMinyak zaitun, minyak flaxseedMinyak canola, minyak cod liverMinyak jagung, cottonseed, minyak safflower, sesame
BijirinKacang, labuSemua kecuali dalam senarai tidak dibenarkanKacang Brazil, cashew, pistachio
KacangKacang hijau, kacang hitam, black-eyed peasTamarind, kacang merah
GandumBuckwheat, amaranthGraola, wheat germ, wheat bran, durum wheat
Roti & MiRoti (Essene, Ezekiel, tepung soya, sprouted wheat), kek nasi, tepung (oat, nasi, rye), mi, pastaSemua kecuali dalam senarai tidak dibenarkanEnglish muffins, roti (high-protein whole wheat, multi-grain), matzos
SayurHalia, bawang, broccoli, lobak, bayam, labu, dandelion, okra, tofuPepper, ubi kentang, yam, tomato, mushroom, eggplant
BuahNenas, cherry, apricot, anggur, lemonTembikai, tembikai susu, manga, betik, kelapa, oren, tangerine
RempahTamari, miso, sos soya, haliaVinegar, pepper
PerasaSos tomato, mayonis
MinumanAloe vera, green tea, red wine, kopiBir, soda, black tea

Darah B
DigalakkanDibenarkanTidak dibenarkan
ProteinKambing, kijang, arnabLembu, ayam belanda, rusaAyam, itik, babi
Makanan LautCod, salmon, halibut, soleSemua kecuali dalam senarai tidak dibenarkanSemua yang berkerang (ketam, udang, lobster, tiram, dll), barracuda, beluga, katak, octopus, siput, kura-kura
TenusuKeju, keju kambing, susu kambing, mozzarella, susu, yogurtSemua kecuali dalam senarai tidak dibenarkanAiskrim
LemakMinyak zaitunMinyak canola, cottonseed, safflower, sesame, sunflower
BijirinSemua kecuali dalam senarai tidak dibenarkanCashew, pine, pistachio
KacangBlack-eyed pea, pinto, aduke, azuki, kacang hitam
GandumOatmeal, nasiSemua kecuali dalam senarai tidak dibenarkanWheat, rye, buckwheat (cornflakes, cornmeal)
RotiRoti, beras perang, kek nasiSemua kecuali dalam senarai tidak dibenarkanBagel, muffin, roti multi-grain, soba
SayurSayur hijauSemua kecuali dalam senarai tidak dibenarkanTomato, jagung, zaitun, avocado, labu, tofu
BuahNenas, pisang, cranberry, anggur, betik, plumSemua kecuali dalam senarai tidak dibenarkanKelapa, belimbing, pear
RempahKari, cayenne pepperSemua kecuali dalam senarai tidak dibenarkan
PerasaSos tomato, mayonis
MinumanGinger, peppermint, raspberry, green tea, ginseng, licoriceAloe vera, soda

Darah AB
DigalakkanDibenarkanTidak dibenarkan
ProteinKambing, arnab, ayam belandaSemua kecuali dalam senarai tidak dibenarkanLembu, ayam, itik, babi, rusa, kijang
Makanan LautTuna, cod, makeral, pike, siakap merah, sardinSemua kecuali dalam senarai tidak dibenarkanSemua yang berkerang (ketam, udang, lobster, tiram, dll), barracuda, beluga, katak, octopus, siput, kura-kura
TenusuYogurt, telur, mozzarella, keju kambing, susu kambing, ricottaSemua kecuali dalam senarai tidak dibenarkanKeju america, aiskrim, susu penuh
LemakMinyak zaitunMinyak canola, cottonseed, safflower, sesame, sunflower
BijirinPeanut, walnutSemua kecuali dalam senarai tidak dibenarkanFilbert, biji labu, biji sesame
KacangLima
GandumMillet, oat bran, oatmeal, ryeSemua kecuali dalam senarai tidak dibenarkanJagung, buckwheat, kasha, soba
SayurBroccoli, cauliflower, celery, cucumber, eggplant, garlic, ubi kentang, tempe, tofu, yamSemua kecuali dalam senarai tidak dibenarkanArtichoke, avocado, jagung, lima, cili
BuahAnggur, plum, berry, cherry, nenas, lemon, kiwiManga, jambu, kelapa, pisang, oren
RempahKari, misoSemua kecuali dalam senarai tidak dibenarkanEsktrak almond, barli, tapioca
MinumanLicorice, red wine, dandelion, kopi, green teaSoda, black tea


Friday, 10 November 2017

HOBI BARU AKU

Assalammualaikum..
Rasanya dah lama aku tak mengupdate blog ni kan... Sibuk bebeno.. dengan kerja lagi, nak-nak lagi Closing Account 2017 is around the corner... Dengan assignments, presentations, mid term.. fuhhh mencabar.. Nak ditambah lagi kesibukan harian aku dengan hobi terbaru.. 

Hobi apakah? 
Ni yang aku nak cerita ni... Lately aku dapat merasakan yang berat badan aku semakin bertambah dengan pesat nya.. (walaupun ada yang cakap ok ni jangan kurus sangat..) Sejak-sejak dah masuk 3 series ni.. ko diet la macam mana pun, susah gak nak kurangkan berat badan tu.. Jalan penyelesaiannya sekarang ni adalah bersukan. Tapi sukan apa? Jogging? Bersukan kalau berteman lagi best, jadinya aku pun mempengaruhi rakan sekeliling untuk berjogging dikawasan sekitar office selapas tamat waktu bekerja. Mendapat sambutan, so ni la hasilnya..
Dari kiri zaty, syaz, yang berdiri ditengah tu aku, abg epul

Masuk minggu kedua ada yang suggest kan kami bermain badminton je instead of jogging tu. So kami pun mulakan langkah kedua untuk bermain badminton di Rooftop KLIA. Ternyata Badminton tu yang stick with us till today. Antara sukan yang banyak mengeluarkan peluh. Sejak dari hari itu kami pun bermain badminton setiap petang bermula hari isnin hingga khamis.. Kadang-kadang ada hari yang tak main disebabkan kekangan komitmen masing-masing. Tapi kan, main badminton ni memang best tau... peluh korang memang umpama bermandi hujan. Basah baju dek peluh.. terlompat-lompat, terbongkong-bongkok kutip bulu tangkis tu, tergelak-gelak.. hahaha...



Let's check this out.. antara manfaat main badminton :-

1- Bakar banyak kalori.
  • Jumlah kalori yang terbakar selama bermain badminton bergantung pada berat badan pemain. Rata-rata pemain dengan berat badan 68 kg dapat membakar kalori sekitar 272 kalori per jam. Tapi biasanya pemain biasa akan membakar sekitar 500 kalori dalam satu jam.
  • Tapi pembakaran kalori dari bermain badminton juga dipengaruhi oleh berat badan pemainnya. Sebagai contoh, orang dengan berat badan 90 kg boleh membakar 544 kalori dalam 1 jam bermain badminton. Sedangkan orang dengan berat badan 55 kg membakar 327 kalori dengan durasi yang sama.

2. Memberi manfaat kardio yang besar
  • Bermain badminton merupakan latihan yang memberi manfaat kardio yang lebih besar dibandingkan squash (sejenis olahraga raket) dan tenis.

3. Melatih kekuatan kaki
  • Sebuah penelitian di negara barat menunjukkan bahawa badminton merupakan olahraga yang dapat melatih kekuatan kaki. 15 peratus dari gerakan badminton adalah gerakan cepat, seperti melompat, menekuk lutut dan berlari.

4. Memberi kepadatan tulang
  • Kajian dari sebuah universiti di Sweden menunjukkan bahawa bermain badminton dapat meningkatkan kepadatan tulang yang signifikan. Oleh karena itu, olahraga ini boleh menjauhkan seseorang dari ancaman osteoporosis.